|
ISU TINDAKAN KKM
13hb Julai 2010
PER:
Media Cetak dan Media Elektronik (Akhbar dan Televisyen)
Pada 1hb Julai 2010,
beberapa syarikat pemasaran rangkaian produk termasuk produk
TRICAJUS, telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) untuk ujian makmal dan membuat analisis bagi
memastikan samada ia mengandungi Sildenafil (sejenis bahan
terlarang yang digunakan untuk merangsang tenaga batin). Ini
adalah berikutan terlalu banyak permintaan produk yang
berkaitan dengan tenaga batin dalam pasaran.
Pertama sekali, kita
perlu jelas tentang TRICAJUS bahawa produk ini sangat bagus
untuk mengimbangkan hormon, meningkatkan stamina, mengawal
tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan fikiran.
Walau bagaimanapun, berikutan daripada tindakan KKM terhadap
TRICAJUS, kita faham bahawa apabila laporan dibuat, KKM
perlu menjalankan tugas mereka untuk menyiasat serta
memastikan bahawa TRICAJUS itu tidak mengandungi sebarang
bahan terlarang.
Media cetak dan media
elektronik pula sentiasa memainkan peranan mereka untuk
mempamerkan bahan berita yang terbaik. Produk TRICAJUS
mungkin telahmuncul di kaca TV serta di dalam akhbar –akhbar
utama negara, namun, kita perlu jelas juga bahawa produk itu
tidak diuji pada hari yang sama, maka tidak ada penyataan
khusus bahawa TRICAJUS itu mengandungi bahan terlarang
tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah tidak adil bagi
mana-mana pihak untukmemberikan gambaran yang negative
terhadap TRICAJUS sehinggalah kepastian tentang laporan
makmal dikeluarkan oleh KMM sendiri. Oleh itu, semua pihak
diminta bersabar dan menunggu keputusan daripada KKM.
Dalam masa yang sama,
kita perlu mengambil insiden ini sebagai satu rahmat. Kita
percaya bahawa ada segelintir pengedar/pengguna masih
ragu-ragu samada TRICAJUS ini mengandungi Sildernafil. Namun,
apabila pihak KKM selesai membuat ujian makmal dan mendapati
TRICAJUS tidak mengandungi sildernafil,maka semua keraguan
akan terlerai dan sekaligus membuatkan insiden ini sebagai
satu kelebihan kepada para pengedar dan pengguna. Produk
TRICAJUS ini akan lebih mudah dipromosikan dan sangat
dikenali ramai kerana media cetak dan media elektronik telah
terlebih dahulu menyedarkan orang ramai tentang kewujudan
produk ini.
Sila ambil perhatian
bahawa, pejabat dan semua Master Stokist masih beroperasi
seperti biasa. Untuk kebaikan semua pengedar juga, sila
ambil perhatian bahawa TRICAJUS ini tertakluk mempunyai
polisi insuran sendiri. Sesiapa yang faham tentang insuran,
sudah pasti mengetahui bahawa sebelum syarikat insuran
membuat keputusan untuk menyediakan perlindungan insuran
terdahap mana-mana produk, syarikat insuran itu sendiri akan
menjalankan ujian makmal terhadap produk tersebut terlebih
dahulu.
Terima kasih
Pihak
Pengurusan Kanzzs |